Sunday, 9 February 2014

Rawatan Alternatif ~ Rendaman Kaki Aura Terapi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sebagai pembuka kata. Syukur kepada Allah kerana memberi kekuatan kepada saya untuk menghidupkan satu lagi blog sebagai sumber pencarian saya disamping membantu mereka yang mempunyai penyakit mendapatkan alternatif rawatan selain perubatan moden. Rawatan alternatif yang saya syorkan ini bukanlah berbentuk seperti bomoh, malahan rawatan ini menggunakan bahan yang paling banyak dimakan oleh manusia, iaitu garam.

Garam yang saya maksudkan bukanlah seperti garam bukit yang telah biasa kita lihat dan dengar. Garam ini mengandungi gabungan ramuan kayu akar bumi, garam gunung, asam formula dan juga getah selasih.

Cara menggunakannya ialah dengan menyediakan air didalam besen pada paras buku lali, masukan sesudu campuran garam , semangkuk ais dan kacau sebati sebelum memulakan rendaman.

Pengalaman saya semasa mula-mula merendamkan kaki, saya terasa seperti kaki terkena renjatan halus dan berlarutan untuk kira-kira 5 minit. Kaki terasa sakit dan adalah amat penting untuk menahan rasa sakit tersebut.

Setelah melakukan rendaman berulang kali, saya dapati migrain saya makin berkurangan dan tidak kerap terjadi. Selain itu juga, setiap kali saya melakukan rendaman kaki, saya tidak lagi merasa sakit, malahan merasa selesa dan relaks.

Ini adalah pengalaman saya. Banyak lagi info yang akan saya kongsikan bersama dengan anda semua.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di 0135351593 atau facebook/rendamankakiaura

Angah
Kaki Pancing